Thursday 13 August 2009

RENGKASAN SURAH 002 AL BAQARAH


RENGKASAN SURAH AL BAQARAH

DISUSUN MENGIKUT TAJUK


BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



Surah Al Baqarah direngkaskan di bawah ini.



ALLAH . . AL QURAN . . . NABI dan RASUL . . .GULUNGAN YANG TAAT . .GULUNGAN YANG KUFUR . . . AHLIL KITAB . . . PANDUAN .. . . PEPERANGAN





RESIT

RESIT


Bagi orang awam resit adalah satu kertas (dokumen) yang diterimanya apabila ia membuat bayaran bagi barangan atau perkhidmatan yang perolehinya. Ianya membuktikan yang bayaran telah dibuatnya. Pada mereka peranan resit tidaklah lebih dari itu.


Bagi penjual barangan dan pemberi perkhidmatan pula resit digunakannya untuk merekod segala penerimaan wang yang diperolihinya. Setiap wang yang diperolehinya akan dikeluarkan satu resit dan direkodkan dalam buku perniagaannya (dinamakan buku atau rekod akaunnya).Ianya juga gunakan untuk rujukan bagi mengetahui palanggan yang mana sudah membuat bayaran yang yang mana belum supaya baki bayaran (hutang pelanggan) boleh dituntutnya. Tanpa rekod dari resit yang dikeluarkannya manalah nak tahu baki hutang pelanggan.


Kecualilah mereka yang berniaga cara kecilan atau yang tak kesah sangat dengan pengeluaran resit tersebut. Tapi bila datang pegawai dari Jabatan Hasil Dalam negeri menuntut cukai pening juga kalau tak ada rekod dan resit. Kenalah buat anggaran atau ?????


Sebenarnya resit adalah tulisan sejarah, sejarah perniagaan kita atau sejarah aliran duit kita.


Ianya akan menjadi satu perkara yang sangat penting dalam hidup kita satu ketika nanti. Bergantunglah kepada sama ada kita sempat hidup untuk mengalaminya. Kalau tak sempat ianya akan berlaku juga tapi baginya adalah diantara aruah dan Penciptanya.



Apa itu resit?

Apa2 bahan yang mencatatkan pertukaran duit (termasuk cek, wang pos dan benda lain yang bersifat saperti duit)ialah resit. Ianya dikeluarka oleh pehak yang menerima duit tersebut kepada pehak yang membayar atau memberi duit tersebut.


Perlulah ada sebab kenapa duit bertukar tangan dari pemberinya kepada penerimanya. Biasanya adalah kerana berlakunya perniagaan jual beli, Kadang kalanya pembayaran hutang, pembayaran gaji, pemberian hutang, sedekah dan sebagainya.


Sepatutnya pertukaran duit dari pemberi kepada penerima hendaklah dicatat dengan dokumen yang dinamakan resit. Akan tetapi ada juga yang tidak mementingkan perkara ini kerana menganggapkan ianya remeh dan tak penting. Mungkin mereka betul kerana ianya bukan satu kesalahan.


Katakanlah kita buat suatu pembayaran. Dan kita nak pastikan yang pembayaran ini tidak akan dipersoalkan oleh mana2 pehak di masa akan datang.


Resitlah yang akan membantu kita kerana resit ialah penulis sejarah kita membuat pembayaran tersebut. Resit akan menyatakan (saya gunakan istilah “ianya bercakap”) kepada siapa kita buat bayaran tersebut, berapa nilainya, bila bayaran tersebut dibuat dan sebagainya. Dengan adanya resit tidak ada pehak yang akan mempertikai yang kita telah membuat pembayaran.


Kecualilah jika kita buat atau kita terima resit palsu dan boleh dibultikan ianya palsu. Resit palsu mudah dikesan.



Itulah resit. Ia merekodkan sekurang2nya:

1. siapa yang membayar

2. siapa yang menerima baryaran

3. berapa jumlah bayaran

4. bila dibayar

5. tandatangan penerima (dan cop jika ada)



Bagi mereka yang nak tambah, boleh tambah pada resit tersebut:

1. nama dan logo penerima, jika ada

2. nombor telefon penerima

3. alamat penerima

4. iklan saperti lain2 perkhidmatan penerima, dll.


Salah guna resit: (Bersambung . . . . .)