Sunday 17 January 2010

UMUR MANUSIA

Terdapat sekurang2nya lima cara untuk mengukur umur manusia.

Pertamanya dengan melihat kad pengenalan bagi yang ada kad pengenalan. Kad pengenalan akan mencatatkan tarikh lahir seseorang itu. Itu pun kalau kelahirannya di lapor daftarkan dan tarikh tercatat adalah benar. Dulu2 ada yang tipu tarikh. Tapi sekarang pula semua "boleh".

Keduanya ialah sama ada umur biasa atau umur mengikut kelender Islam. Kalau ikut kelender Islam mereka yang berumur 30 tahun sebenarnya telah pun masuk 31 tahun. Kerana satu bulan biasa mempunyai 31 atau 30 hari (Februari pula 28 atau 30 hari) walhal menurut kelender Islam sebulan mengandungi sama ada 29 hari atau 30 hari. Tahun Islam cepat 12 hari berbanding tahun masihi, lebih kurang.

Ketiganya mengikut kekuatan fisikal. Orang tua yang masih kuat akan kita katakan ianya masih muda. Dan orang muda yang lemah dan tak terdaya kita katakan ianya dah tua.

Keempatnya semangatnya. Kalau ia bersemangat maka kita katakan dia masih muda.

Kelimanya hati dan perasaannya. Jika ia rasa dia masih muda maka umurnya mudalah.

Inilah lawak benar dan lojik yang saya dengar semasa menghadiri kursus pada tahun 1990 dahulu. Masih tak basi lagi. Pensyarahnya ialah seorang motivator yang tak terkenal.