Sunday 13 December 2009

ALAT MASAK LEMANG

ALAT MASAK LEMANG
Semasa saya balik kampong baru2ni saya ditunjukkan satu alat baru bagi memasak lemang.

Alat ini direka ciptakan oleh seorang guru sekolah vokasional dan telah banyak digunakan di Perak menurut ceritanya.

Saya telah melihat alat tersebut dan mendapati ianya praktikal dan hasil lemang yang dimasakkannya adalah memuaskan.

Saya terserempak dengan alat tersebut ketika pergi ke rumah adik saya di Gelong, Kuala Kangsar. Ketika itu beliau sedang berada di rumah kawannya yang sedang membuat persediaan khenduri bersunat anaknya.

Saya dijamu mereka dengan lemang yang dimasak menggunakan alat ini. Dan sempat mereka membuat demonstrasi menggunakan alat tersebut.

Alat/bekas memasak lemang ini sebenarnya adalah mudah dibuat jika kita ada alat kimpalan dan besi tebal. Besi yang dapat menahankan haba sangat sesuai digunakan kerana peranan alat ini ialah menyimpan haba dan mengalirkannya samarata di dalamnya. Supaya habanya itu dapat memasakkan lemang secara perlahan dan seimbang.

Lemang yang hendak dimasak biasany kita aturkan di atas tanah bersandar kepada satu palang besi. Tetapi jika kita gunakan alat ini kita dirikan buluh lemang yang tersedia untuk dimasak itu tersesun di dalam bekas besi ini. Kemudian api dinyalakan di bahagian bawahnya. Tungku boleh digunakan dan bahan apinya menggunakan gas.

Lemang yang dimasukkan ke dalam bekas memasak ini akan masak dalam masa satu setengah jam. Masaknya lemang ini adalah sama rata. Tetapi jika kita alihkan kedudukannya beberapa kali adalah lebih baik. Dan jika lemang itu dihentak beberapa kali ketika sedang dimasak isinya akan menjadi lebih padat.

Masak lemang menggunakan alat ini sangat mudah dan bersih tanpa asap dan kotoran bahan bakar. Ianya juga boleh digunakan di dalam rumah kerana ia memerlukan ruang yang tidak luas.

Jumlah batang lemang yang dimasakkan dalam satu bekas ini bergantung kepada saiznya. Yang saya lihat hari itu boleh memasakkan 16 batang lemang pada satu2 ketika.


No comments:

Post a Comment