Saturday 19 December 2009

TANAH PUSAKA

TANAH PUSAKA

Ramai kawan2 dan saudara mara saya yang ada tanah tertinggal di kampong masing2. Saya gunakan istilah tertinggal kerana tanah tersebut memang terpaksa mereka tinggalkan kerana mereka pindah bermastautin di kawasan lain. Dan juga kerana tanah tersebut adalah tanah tertinggal tidak diusahakan.

Sayang sekali kerana kebanyakan tanah tersebut adalah tanah bernilai dan potensinya. Ada pula yang terpacak teguh di atasnya rumah yang besar indah tetapi dah mula nak tersungkur rebah ke bumi jika tak dipulihkan atau dijaga dengan baik.

Semasa melayari internet baru2 ini saya terlihat banyak rumah tersebut di daerah Kuala Kangsar sahaja. Tempat lain saya malas nak lihat. Saya terjumpa apabila melayari dan menjelajah peta Google, http://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=wl.

Ambilah satu contoh tanah tertinggal.

Alang Kangkung (nama yang saya ambil sebagai contoh sahaja. Nama sebegini adalah nama orang Melayu yang saya terbaca dalam satu kes mahkamah berkaitan Undang2 Kontrak. Kes ini juga dinyatakan kepada saya oleh kawan saya P. Balan, seorang membantu makmal Jabatan Kimia Petaling Jaya yang akhirnya menjadi profeser undang2 di Universiti Malaya. Beliau tak pandai berbahasa Malaysia tapi menjadi fasih setelah mengajar Undang2 dalam Bahasa Malaysia mulai tahun 1973/4. Sebabnya: dia tak malu dan sangat rajin berusaha. Hentam sahaja pada mulanya. Tetapi pelajarnya banyak membantu membetulkan bahasanya. Setelah setahun ia menjadi fasih berbahasa Malaysia dan mengajar undang2 dalam bahasa itu dengan baik. Beliau telah mendahului konsep “Malaysia Boleh”. Contoh nama yang sangat diminatinya ialah “Manisah”. Kebanyakan contoh kes undang2 yang disebutnya, beliau menggunakan nama Manisah, sebab manis, sah manisnya mungkin.

Katakan Alang Kangkung bin Kulup Durian mempunyai dua ekar tanah kebun getah di Kampong Rimba Tebuk dan empat ekar lagi juga kebun getah, berkongsi geran dengan abangnya di Kampong Rasor. Jarak antara kedua kebun itu ialah kira2 5 kilometer.

Ada juga orang dahulu yang jika ada dua keping tanah yang berjauhan dian akan berusaha menukarkan tanah tersebut dengan tanah orang lain yang bersebelahan dengan salah satu dari tanahnya yang berasingan itu. Istilah yang saya dengar mereka cakapkan kalau tak salah, ialah "pukal tanah". Hasil tukar tanah ini ia akan mempunyai dua keping tanah yang bersebelahan atau berjiran. Senanglah ia mengusahakan tanah tersebut. Akan berlaku bayaran wang di antara mereka jika luas tanah terllbat tak sama luas atau nilainya.

Masanya mengusahakan tanah pun akan jimat. Istilah modennya ialah kita dapat mengurangkan “kos mula kerja” (set up cost). Tak perlu lagi berjalan lima kilometer untuk ke kebun keduanya. Tengok dari kebun pertama dah cukup bagi menentukan keadaan kebun keduanya, dan sebaliknya. Kalau ada pisang masak setandan tak perlu lagi berjalan 5 kilometer untuk mengambilnya. Perlu hanya intai, tebang dan bawa balik. Dan dapat lebih masa untuk rehat, berborak-bincang atau berbuat kerja lain.

Kenapa jadi sedemikian? Kenapa ada tanah tapi bertaburan letaknya?

Sebabnya ialah kerana. Ibu atau bapanya ada banyak tanah yang bertaburan di merata kampong itu dan juga di kampong lain. Jika ibu bapanya ada sepuluh anak kenalah pecah tanah tersebut kepada sepuluh bahagian supaya kelihatan adil. Kalau ibu atau bapanya ada 100 ekar tanah maka dapatlah lebih kurang 10 ekar seorang. Kalau ikut faraid luas yang dapat mungkin berbeza kerana faraid mengagihkan mengikut jantina. (P Balan tadi pernah menulis bahawa sistem faraid adalah cara pembahagian harta pusaka yang sangat adil. Inilah salah satu komen orang bukan Islam yang menyokong sistem Islam).

Kemudian kalau Alang Kangkung ada sepuluh anak maka setiap anaknya pula akan mendapat pusakanya sebanyak lebih kurang seekar seorang. Cucunya pula berkongsilah satu ekar tersebut apabila anak Alang Kongkang meninggal dan/atau tanahnya dibahagikan kepada anak2nya. Dapatlah seorang anak apa yang kita katakan sekangkang kera.

Nasib baiklah sistem penghidupan kita mula berubah sejak merdeka.

Kita tak lagi perlu bergantung sangat kepada tanah.

Bercakap banyak pun boleh hidup mewah (guru atau pensyarah atau juruhebah atau juru cakap). Goyang kakipun boleh hidup mewah (tukang jahit zaman dulu, sekarang guna letrik tak lagi goyang kaki), dan sebagainya.

Saya ada kenalan yang pusing dunia membuat air liur. Mereka menjelajah ke merata hanya untuk bercakap. Lagi banyak bercakap lagi berisi akaun banknya. Kalau pandai menulis boleh pula bercakap sambil menulis untuk menjadi lebih kaya.

Banyak contoh yang kita boleh lihat sekarang. Ramai pula yang dah dapat gelaran Dato dan sebagainya. Ramai yang sedang tidor tapi akaun banknya mengalir ke dalamnya RM.

Tak perlu lagi ada tanah. Tapi kalau ada lebih baik bila diusahakan.

Tanah terbiar banyak sekali di kampong sekarang ini. Di kampong saya tanah sawah dah tuannya tiada untuk diusahakan. Yang tua dah tak larat dan yang muda tak berminat. Akhirnya pada akhir tahun 70an kawasan sawah di kampong saya disewakan orang luar (Sekincan menurut alamat dalam kontrek sewa tanahnya). Dapatlah wang sewa pajakan kira RM200.00 semusim bergantung kepada keluasan sawah yang disewakan.

Kebun getah juga tinggal terbelangkalai dan hanya kegiatan menoreh getah disambung semula apabila harga getah naik mendadak beberapa tahun yang lalu. Mulalah mereka menanam semula getah dengan harapan harganya akan kekal tinggi enam tahun lagi.


PERTANIAN IALAH PERNIAGAAN”

Tepat sekali kenyataan tersebut. Jadi mereka yang ada tanah pertanian mulalah berniaga.

sssssssssssssssss


Opah saya ada tanah kampong seluas dua ekar. Kemudian dibahagi empat bahagian, satu ekar untuk Mak Cor saya, setengah ekar untuk mak saya, suku ekar untuk adek saudara saya dan baki suku ekar untuk kakak saudara saya.

Mak Cor saya ada 11 anak rasanya. Akan tetapi tanah di atas di serahkannya kepada empat orang anaknya setiap seorang dapat suku ekar. Anaknya yang lain dapat tanah Mak Cor saya yang di tempat lain. (Tanah Mak Cor saya juga bertaburan letaknya).

Mak saya pula menyerahkan bahagiannya kepada dua orang cucunya.

Bolehlah tanah tersebut di kongsi lagi? Biarlah anak cucu mereka yang menjawabnya. Asalkan jangan bergadoh sudahlah.

Yang lebih baik ikutlah kata adik saya, katanya "Kalau nak banyak harta carilah sendiri"

Tepat sekali kata2nya. Dan itulah yang kami akan cuba buat, bukan hanya dengan harta tanah tapi harta2 yang lain, InshaAllah.



No comments:

Post a Comment