Tuesday 22 December 2009

KETENTUAN ILAHI


KETENTUAN

ILAHI



Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Inilah ungkapan yang selalu juga kita dengar. Memang benarlah ungkapan tersebut.

Setiap hari kita merancang untuk membuat sesuatu. Adakah kita akan sebenarnya berbuat demikian?

Saya pun selalu juga tidak berbuat apa yang saya rancangkan. Tambahlah sekarang ini bila dah bersara dari bekerja tetap dan boleh buat apa yang saya suka dengan masa yang terluang. Dan boleh tak buat apa yang saya tak suka pula.

Masa bekerja dulu saya kena buat semuanya, suka atau tak suka. Maklumlah kita bekerja bersama orang lain dan matlamat majikan mesti kita urus dan capaikan. Sekarang boleh pilih apa yang saya nak buat atau tak mahu buat, dan tanggunglah riskonya sendiri.

Tapi susah pula untuk membuat apa yang saya rancangkan. Mungkinkah disiplin saya dah menurun? Atau dah tua ni memang begini? Atau mungkinkah dah tak ada apa yang diutamakan, buat pun boleh tak buat pun boleh.

Sebenarnya apa saya nak coret sedikit di sini tentang apa yang saya dengar baru2 ini mengenai Qadar atau Ketentuan Ilahi, berbunyi Islamik tajuknya. Memang Islamik pun.

Sebenarnya apa yang kita buat di dunia ini di pandukan kepada apa yang telah dirancangkan Ilahi. Dinamakan Qadar.

Nampaknya kitani dah ada manual operasi penghidupan yang ditetapkan Ilahi. Dan kegiatan kita di dunia ini tidak akan terkeluar dari garis panduan di dalam manual tersebut. Dan manual tersebut sangat terperinci isi kandungannya.

Dah ditetakpan dalam manual tersebut bila kita akan mati, bila kita sakit, bila kita dapat bonus, bila kita akan dibuang kerja, bila kita akan ditimpa kemalangan atau musibah, dan sebagainya. (Catatan: Manual ini bukan bertulis atau berjilid macam manual operasi yang manusia adakan. Tak taulah macam mana)

Dan sebagai seorang Islam kita wajib percaya kepada isi kandungan manual tersebut. Kita sebutkan Qadar atau ketentuan Allah. Dan ianya adalah Rukun Iman yang keenam – Beriman kepada Qada' dan Qadar.

Yang sangat penting dalam ketentuan Ilahi ini ialah ianya bukan semuannya tetap dan tak boleh kita sebagai manusia ubahkan. Boleh tapi ada caranya.

Ada ketetapan Ilahi yang kita tak boleh ubah dan ada (dan banyak pulatu) yang kita boleh ubahkan.

Misalnya, jika kita dilahirkan sebagai orang Melayu kita tak boleh ubah jadi mat Sellah walaupun ada yang cuba berperangai macam Mat Salleh. Kalau ditentukan kulit kita sawo matang ianya tak akan menjadi putih melepak.Inilah ketentuan atau Qadar Ilahi yang kita tak boleh ubahkan.

Yang oleh berubah menangnya banyak tapi ada manusia yang tak yakin mengenainya. Mereka sebegini bergantung terlalu sangat kepada konsep Qadar ini sehingga tidak cuba berusaha kuat. Timbullah istilah "rezeki secupak tak akan jadi segantang".

Sebenarnya mereka ini malas berusaha dan hanya bergantung sepenuhnya kepada Qadar.

Kita boleh mengubahkan Qadar Allah dengan usaha dan doa, InshaAllah akan diperkenankan. Itulah sebabnya kita disarankan malah diwajibkan untuk sentiasa berdoa.

Usaha sangat penting kerana tanpa usaha makanan walau pun berada di hadapan kita tak akan masuk perut jika kita tak suapkan atau disuapkan. tambah dengan usaha kita menyunyah dan menelannya. Apa yang beralaku selepas kita telan itu bukan masaalah kita dan bukan tanggung jawab kita. Terserahlah kepada sunatullah. Tapi kalau kita sakit perut itu mungkin salah kita kerana kita salah (pilih) telan benda makanan yang mudaratkan kita.

Doa pula ada syaratnya untuk boleh dimakbulkan. Kalau masuk banyak kelas pengajian tahulah apakah syarat2nya. Nak senang lagi tanya pakar Ugama kita yang ramai dan ada di merata2.

Ketentuan yang baik dan berfaedah biasanya tidak akan datang bergolek di hadapan kita. Kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Ramai manusia yang sedang berbuat demikian dan berjaya mencapai apa yang disediakan untuk mereka. Yang tidak berusaha? Melepaslah!

Jadi perlulah jangan serah bulat2 kepada Qadar kerana ini bukanlah yang disuruh. Yang disuruh ialah usaha sebelum berserah kepada Qadar. Usahaknlah dan berdoa dan dan barulah berserah.


No comments:

Post a Comment